Keunikan Muar bukan sahaja terletak pada sejarahnya sahaja, tetapi juga dari pelbagai segi seperti budaya, makanan, tokoh dan juga pengangkutan.
Bercerita tentang pengangkutan, Muar juga kaya dengan sejarah pelbagai pengangkutan yang pernah digunakan oleh penduduknya. Sebut sahaja feri penambang, maka sudah pasti Muar akan dikaitkan dengan sejarah feri penambang Muar. Begitu juga dengan beca, maka serta merta akan mengaitkan dengan Beca Muar yang berwarna hijau, merah, hitam dan kuning.
Ada lagi sejenis pengangkutan yang agak kurang menonjol tetapi dikaitkan dengan sejarah pengangkutan di Muar iaitu Kereta Kuda Bandar Maharani.
Sekeping gambar lama membuktikan kewujudan pengangkutan kereta kuda ini
di Bandar Maharani suatu ketika dahulu.
Kereta Kuda Bandar Maharani yang sebenar seperti dalam gambar lama di atas
Keunikan Kereta Kuda Bandar Maharani ini diabadikan dalam penerangan tentang Kereta Kuda Bandar Maharani seperti berikut :
Kereta kuda jenis ini adalah kenderaan yang digunakan oleh masyarakat Cina di Bandar Maharani, Johor sekitar tahun 1910. Pada awalnya ia digunakan untuk bersiar-siar dan melakukan aktiviti harian oleh pemiliknya kemudian telah bertukar menjadi pengangkutan awam.Kereta kuda Johor akan ditarik oleh seekor kuda padi dengan kadar tambang sebanyak lima sen (RM0.05) bagi sebatu perjalanan iaitu kira-kira 1.6km. Oleh kerana zaman telah berubah maka penggunaanya juga telah ditamatkan kerana tidak sesuai dengan masa kini, selain tidak efisien kepada penggunaannya.
Sememangnya Muar dan Bandar Maharani pada suatu ketika dahulu dipenuhi dengan pelbagai lipatan kisah sejarah yang berwarna warni. Sebagai generasi baharu, kita sepatutnya berbangga dan menghargai setiap bentuk dan warisan yang pernah wujud di dalam sejarah Muar agak ianya terus dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang.
Kereta Kuda Bandar Maharani telah membuktikan bahawa Bandar Maharani suatu waktu dahulu merupakan sebuah bandar moden yang dilengkapi dengan pelbagai infrastuktur terkini pada zamannya sesuai dengan wawasan peneraju ulung Johor Moden iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar bersama-sama arkitek terhebat Datuk Bentara Luar, Allahyarham Dato Muhammad Salleh bin Perang. Al-Fatihah dan semoga Allah mengampunkan segala dosa mereka dan dicucuri rahmat ke atas roh mereka serta ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.....
Assalam. saya merupakan pelajar Sejarah. selaku anak jati muar, boleh saya ketahui mengenai maklumat ini dgn lebih lanjut untuk latihan ilmiah/thesis saya? besar harapan saya jika tuan membantu saya. terima kasih.
BalasPadamW'salam...terima kasih di atas kunjungan saudari ke laman blog ini. Blog ini hanyalah sekadar berkongsi sedikit info tentang beberapa peristiwa sejarah yang agak terhad sumbernya. Jika saudari ingin mengetahui lebih lanjut,mungkin boleh berkunjung ke Arkib Negara/Muzium Negara untuk maklumat yang lebih terperinci dan tepat. Wassalam
PadamBoleh share full image gerbang bandar maharani bandar diraja seperti yang tuan attachkan di atas. terima kasih. nazeri_y@yahoo.com
BalasPadam