TANGKAK 13 Sept. –
Sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini dan Hari Malaysia minggu depan
mencatat sejarah baharu kepada penduduk Mukim Kesang di sini apabila
galeri yang menempatkan pelbagai kisah sejarah dibuka untuk kunjungan
ramai.
Galeri Kesang di bangunan Kompleks
Penghulu itu direka khas mengikut kesesuaian dan susun atur sebuah
galeri sekali gus memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung.
Penghulu Mukim Kesang, Ab. Majid Mistam berkata,
pemilihan lokasi berkenaan timbul sejak empat tahun lalu apabila
pihaknya sering menerima kunjungan daripada pelbagai agensi dan individu
yang mahu mendapatkan bahan sejarah berkaitan Kesang dan negeri ini.
“Kami kerap menerima kunjungan orang ramai
terutamanya dalam kalangan warga sekolah yang mahu mendapatkan input
mengenai sejarah Kesang.