Penafian / Disclaimer

Penafian / Disclaimer
Blog ini tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan,swasta mahupun persatuan atau pertubuhan. Blog ini bersifat peribadi sebagai medium perkongsian tentang sejarah Daerah Muar khususnya dan Negeri Johor amnya. Segala pandangan dan penulisan adalah bersifat peribadi berasaskan sumber peribadi blogmaster. Untuk rujukan lebih tepat dan benar, sila buat rujukan dari sumber rasmi dan asli.

Khamis, 6 Oktober 2011

Muar - Bandar Maharani



Daerah Muar merupakan sebuah daerah di dalam negeri Johor Darul Ta'zim. Pusat pentadbirannya terletak di Bandar Muar atau lebih dikenali sebagai Bandar Maharani. Nama Bandar Maharani diambil sempena gelaran isteri Sultan Abu Bakar ketika itu memakai gelaran Maharaja Abu Bakar iaitu Maharani Fatimah yang berasal dari Daerah Muar.

Daerah Muar sememangnya kaya dengan lipatan sejarah negara. Sebelum Melaka diasaskan oleh Kesultanan Melayu Melaka, Muar terlebih dahulu telah disebut dalam beberapa catatan sejarah.

Contoh terawal dalam cerita lagenda Hikayat Malim Deman, Muar disebut sebagai Negeri Bandar Muar yang diperintah oleh Tuanku Gombang Malim Dewa & Permaisuri Tuan Puteri Lindungan Bulan dan mereka mempunyai seorang anak yang digelar Putera Malim Deman.

Selain itu juga, Muar juga disebut dalam sebuah catatan Kerajaan Majapahit ketika pemerintahan Hayam Wuruk yang dikenali sebagai Negarakertagama.

Kaitan Muar dengan sejarah Kesultanan Melaka memang tidak dapat disangkal lagi. Muar juga menjadi sebahagian perebutan antara keturunan Sultan berdarah Bendahara dengan Temenggung Johor serta Temenggung Muar.

Muar juga bukan sahaja kaya dengan sejarah setempat tetapi juga melahirkan ramai tokoh-tokoh yang berwibawa sepanjang zaman. Contohnya, sebahagian besar Menteri Besar Johor adalah anak kelahiran Muar. Pemimpin tertinggi negara juga kebanyakan berketurunan dari Muar.

Jadi sudah tiba masanya Muar dimartabatkan dalam sejarah negara. Kewujudan sebuah muzium diharap dapat direalisasikan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab agar Muar dilihat bukan sekadar Bandar Pencen tetapi kaya dengan khazanah berharga yang terus disanjung oleh generasi yang akan datang.

1 ulasan: