Penafian / Disclaimer

Penafian / Disclaimer
Blog ini tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan,swasta mahupun persatuan atau pertubuhan. Blog ini bersifat peribadi sebagai medium perkongsian tentang sejarah Daerah Muar khususnya dan Negeri Johor amnya. Segala pandangan dan penulisan adalah bersifat peribadi berasaskan sumber peribadi blogmaster. Untuk rujukan lebih tepat dan benar, sila buat rujukan dari sumber rasmi dan asli.

Isnin, 26 November 2012

60,000 Saksikan Bot Berhias Di Muar

MUAR, 25 Nov (Bernama) -- Kira-kira 60,000 orang membanjiri pesisir Sungai Muar malam ini bagi menyaksikan perarakan kapal dan bot berhias selain pertunjukan bunga api, acara kemuncak sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor dan perisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja selama empat hari, yang berakhir hari ini.

Sebanyak 20 kapal dan bot berhias termasuk sebuah kapal layar khas Makasar dibawa dari Kepulauan Sulawesi, Indonesia mengambil bahagian dalam perarakan yang bermula pada 8.40 malam itu.

Acara dimeriahkan lagi dengan persembahan bunga api berwarna-warni selama setengah jam yang menerangi ruang angkasa Kuala Sungai Muar penuh bersejarah itu pada 9.30 malam.

Di atas Jambatan Sultan Ismail, yang ditutup kepada lalu lintas mulai 3 petang tadi hingga 5 pagi esok, pula diadakan pelbagai jualan.

Sementara itu, petang tadi, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail berkenan beramah mesra dengan 240 anggota kumpulan kelab kereta mewah di Dataran Tanjung Emas di sini.

Orang ramai juga berpeluang menyaksikan pertandingan akhir jet ski cabaran antarabangsa yang membabitkan peserta dari Thailand, Singapura dan negara Asia lain.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan