MUAR 14 Nov. - Orang ramai diminta mengikuti arahan papan tanda yang diletakkan untuk memasuki bandar ini kerana beberapa jalan utama akan ditutup secara berperingkat sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor serta pengisytiharan Muar sebagai Bandar Diraja bermula 20 November ini.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, acara sambutan selama lima hari lima malam itu akan membabitkan beberapa kawasan di sekitar bandar Muar dan jalan-jalan utama akan ditutup.
"Antara jalan terbabit ialah Jalan Sulaiman, Jalan Ibrahim, Jalan Ali, Jalan Arab, bulatan Bakri yang ditutup untuk raptai pada pukul 2 petang 19 November dan ditutup sekali lagi pada pukul 8 malam 20 November.
"Pada 21 November pula, Jalan Petri hingga persimpangan Jalan Muhamadiyah juga akan ditutup namun semuanya bergantung pada waktu keberangkatan Sultan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, kemuncak sambutan adalah pada 22 November iaitu Hari Keputeraan Sultan dan semua laluan utama ditutup sepenuhnya bermula pukul 7.30 pagi sehingga acara selesai.
Katanya, jalan-jalan utama seperti Jalan Sulaiman, Jalan Ibrahim, Jalan Ali, Jalan Arab, bulatan Bakri di bandar Muar akan ditutup dengan kenderaan dari Bulatan Abdul Rahman atau Jalan Ibrahim akan dilencongkan ke Persiaran Jalan Othman.
Katanya, sempena perarakan kereta berhias pada 23 November, laluan di Stadium Sultan Ibrahim, Jalan Ibrahim, Jalan Sulaiman, Jalan Arab, Bulatan Bakri, persimpangan Jalan Abdullah, Jalan Majidi hingga ke Jalan Abdul Rahman akan ditutup bermula pukul 7.30 petang.
"Pada 24 November, Jalan Petri ke persimpangan Jalan Kamariah, Jalan Sulaiman serta Jalan Majidi akan ditutup sepenuhnya bermula pukul 7.30 pagi sempena majlis pengisytiharan Muar sebagai Bandar Diraja di Dataran Tanjong Emas.
"Orang ramai yang ingin menyaksikan pengisytiharan berkenaan boleh meletakkan kenderaan di kawasan Masjid Jamek, padang ragbi Sekolah Tinggi Muar, Marina Muar atau di sepanjang Jalan Majidi dan Abdul Rahman," katanya.
Selain itu, Jambatan Sultan Ismail dari kedua-dua arah juga akan ditutup untuk semua lalu lintas pada 25 November bermula pukul 3 petang hingga 5 pagi keesokan harinya sempena acara perarakan bot berhias di Sungai Muar.
"Jalan Maharani bermula di persimpangan Jalan Sayang hingga Jalan Abdullah akan ditutup bermula pukul 7 malam untuk memastikan acara berjalan lancar. Kenderaan dari Bakri tidak dibenarkan meneruskan laluan ke jambatan dan akan dilencongkan ke Jalan Abdullah.
"Penduduk daerah Ledang terutama dari Sungai Mati yang ingin ke Muar pula perlu menggunakan jalan pintasan di Parit Bunga," katanya.
Katanya, orang ramai yang ingin memeriahkan acara sambutan juga dinasihatkan tidak meletakkan kenderaan sesuka hati selain mematuhi arahan pegawai trafik yang bertugas.
"Kita mahu acara sambutan bersejarah itu berjalan lancar dan untuk itu, kerjasama daripada orang ramai sangat diperlukan," katanya.

(Utusan Malaysia, 15 November 2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan