oleh NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN
Sinar Harian, 5 Februari 2015
TIGA ratus tahun dahulu, Parit Sakai hanyalah hutan belantara yang mempunyai dua nama iaitu "Padang" dan “Padam”.
Gelaran “Padam” diberikan oleh Portugis ketika menjajah kawasan berkenaan selepas era Kerajaan Melayu Melaka.
Pada zaman penjajahan Portugis, penduduk tempatan yang memanggil kawasan itu “Padang” telah meninggalkan kawasan tersebut kerana takut kepada serangan penjajah berkenaan.
Bagaimanapun, selepas Belanda berjaya menewaskan Portugis pada tahun 1641, kerajaan itu bersetuju untuk membuka semula “Padang” dengan pembukaan parit-parit di sekitar kawasan berkenaan.
Sejarah awal kewujudan Kampung Parit Sakai diceritakan bekas Pengerusi Kaji Sejarah Daerah Muar, Khamis Junid.
Asal perkataan Sakai
Menurutnya, parit yang pertama dibuka di kawasan padang ialah Parit Sakai oleh sekumpulan orang dari Merlimau, Melaka yang diketuai oleh Tok Makmon (lelaki) pada 1702.
“Mereka gali parit guna cangkul bermula dari bahagian laut. Mereka datang ke Padang dengan membawa bekalan seperti pakaian, makanan dan ubat-ubatan.
“Namun, berlaku perkara menghairankan apabila barangan bekalan mereka didapati hilang. Kejadian itu merunsingkan Tok Maknon kerana asyik memikirkan siapa yang curi barangan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, Tok Makmon memanggil Orang Asli yang tinggal di tepi laut dan bertanyakan kepada orang berkenaan sama ada mencuri barang mereka atau tidak.
Katanya, walaupun orang Asli itu tidak mengaku, tetapi Tok Makmon memberikan amaran kepadanya bahawa mereka akan dibunuh jika tidak mengembalikan semula barang milik mereka dalam masa tiga hari.
“Tepat pada tempoh itu, Orang Asli berkenaan memulangkan semula barang yang dikehendaki kepada Tok Makmon dan Tok Makmon sekali lagi memberi amaran kepada Orang Asli terbabit serta memintanya supaya jangan menyakai (bahasa Melayu lama) yang bermaksud mencuri.
“Sejak daripada itulah kawasan ini diberikan nama Parit Sakai sehingga ke hari ini,” katanya.
Bekas guru itu berkata, mengikut sejarah, Tok Makmon berketurunan Daeng Seriuk Raja Champa dari Merlimau, Melaka.
Keturunan Raja Champa merupakan pihak yang memerintah Bukit Muar yang sekarang dipanggil Bukit Mor.
Misteri mayat hanyut
Menurutnya, ketika memulakan kerja-kerja menggali parit dilakukan, Tok Makmon bersama pengikutnya menjumpai satu mayat lelaki yang hanyut ke darat setiap kali air pasang dan hanyut ke laut apabila air surut.
“Kejadian ini berlaku selama seminggu dan lebih mengejutkan ialah mayat itu masih dalam keadaan yang baik yang dilihat seperti orang sedang tidur.
“Cuma pada bahagian lidah mayat itu terdapat satu tanda hitam. Mayat terbabit kemudiannya ditanam di tepi parit Parit Sakai dan diberikan gelaran sebagai Keramat Lidah Hitam kerana tidak mengetahui identiti sebenar mayat terbabit,” katanya.
Khamis berkata, selepas peristiwa tersebut, datang orang dari Indonesia dan mengaku mayat itu ialah Tengku Zahiruddin.
Katanya lagi, pada tahun 1800an apabila Parit Sakai baharu dibuka, orang memanggil Parit Sakai asal (lama) sebagai Parit Sakai Buruk.
"Selain itu, ada juga yang memanggilnya sebagai Parit Siput kerana di bahagian pantai Parit Sakai asal mempunyai banyak siput sedut.
“Selepas Parit Baharu dibuka, kerajaan yang memerintah ketika itu beri nama Parit Sakai asal sebagai Parit Sakai Lama.
“Bagaimanapun, Parit Sakai baru hanya dipanggil Parit Sakai sahaja,” katanya.

Khamis menunjukkan gambar surau lama yang kedua Parit Sakai.
Ramai orang Melayu berhijrah
Jelasnya, kedudukan Parit Sakai Lama ialah berhampiran dengan pantai iaitu kira-kira jarak dua atau tiga kilometer daripada kuala Sungai Muar dan menghadap Selat Melaka.
Bercerita lanjut, beliau berkata, selepas Parit Sakai Baharu dibuka, semakin ramai orang luar yang kebanyakannya dari Melaka datang berhijrah menetap di kawasan berkenaan.
“Pekerjaan utama penduduk kawasan berkenaan ketika itu ialah berdusun dengan menanam pelbagai jenis buah-buahan.
“Bagaimanapun, mereka beralih kepada aktiviti menoreh getah apabila tanaman itu diperkenalkan pada tahun 1900an,” katanya.
Katanya, pada 1930, Tengku Temenggong membuat lawatan ke Bandar Maharani yang dibuka pada 1883 dan memberi gelaran Jalan Temenggung Ahmad yang sudah ditutup sebagai laluan keretapi.
Khamis berkata, masih ramai tidak mengetahui sejarah kawasan berkenaan yang mempunyai peristiwa menarik jika dikaji secara lebih mendalam dan ia perlu didokumentasikan untuk tatapan generasi muda.
Tambahnya, terdapat banyak kubur lama di Parit Sakai dan kesan sejarah di sekitarnya.
Antara individu terkenal dikebumikan di Parit Sakai ialah Panglima Hassan dan Orang Kaya Junid.
Katanya, kawasan ‘Padang’ yang dimaksudkan orang lama bagi memudahkan generasi hari ini memahaminya yang melibatkan Parit Sakai, Parit Perupuk dan Parit Pinang Seribu.