Penafian / Disclaimer

Penafian / Disclaimer
Blog ini tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan,swasta mahupun persatuan atau pertubuhan. Blog ini bersifat peribadi sebagai medium perkongsian tentang sejarah Daerah Muar khususnya dan Negeri Johor amnya. Segala pandangan dan penulisan adalah bersifat peribadi berasaskan sumber peribadi blogmaster. Untuk rujukan lebih tepat dan benar, sila buat rujukan dari sumber rasmi dan asli.

Info Muar

DAERAH MUAR terletak di barat laut negeri Johor Darul Ta'zim. Ianya bersempadan dengan Daerah Tangkak di utara, Segamat di timur dan Batu Pahat di selatan. Daerah ini (termasuk kawasan 3 batu nautika dari pantai) terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Muar (MPM) yang merangkumi keseluruhan kawasan Daerah Muar.

Muar merupakan daerah kedua terpenting selepas Daerah Johor Bahru yang merupakan ibu negeri Johor. Bandar Muar cukup sinonim dengan nama Bandar Maharani iaitu gelaran yang diberikan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar ketika merasmikan Bandar Muar pada 12 Ogos 1887. Kemudian pada 2012, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mengisytiharkan Bandar Muar sebagai Bandar Diraja Johor.

Daerah Muar berkeluasan 2,346.12 kilometer persegi iaitu 139, 258 hektar atau 7.25 peratus daripada keluasan keseluruhan Negeri Johor dan berkepadatan seramai 281,500 orang penduduk (2018). Muar dibahagikan kepada 12 buah mukim iaitu :

1. BUKIT KEPONG
2. LENGA
3. JORAK
4. AYER HITAM
5. SUNGAI BALANG
6. SERI MENANTI
7. PARIT JAWA
8. PARIT BAKAR
9. BANDAR
10.JALAN BAKRI
11.SUNGAI TERAP
12.SUNGAI RAYA
 


Dari segi geografi, Bandar Muar terletak pada 2 o3'N 102o34'E, di muara Sungai Muar. Bandar ini berada pada kedudukan 150 km (93 batu) ke barat daya Kuala Lumpur. Ia adalah 50 km ke utara Batu Pahat dan 179 km ke barat laut Singapura.

Sebelum tahun 2007,Daerah Ledang merupakan sebahagian daripada daerah Muar. Tetapi selepas itu, Daerah Muar telah dibahagikan iaitu kawasan utara Sungai Muar dikenali sebagai Daerah Ledang (kemudian ditukar nama kepada Daerah Tangkak) manakala kawasan selatan Sungai Muar kekal sebagai Daerah Muar.

1 ulasan:

  1. dan paling istimewa mukim lenga,tempat saya,antara mukim yg terbesar dari 12 mukim,dan ada 2 makam keramat wali2 disitu. Juga adanya bahasa yg berbeza dari yg lain,seolah olah loghat perak.satu lg keunikan,tarian ceracap mak inai,hanya terdapat disini saja dlm dunia ni ! ! YOSDI-0176484946.

    BalasPadam