Penafian / Disclaimer

Penafian / Disclaimer
Blog ini tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan,swasta mahupun persatuan atau pertubuhan. Blog ini bersifat peribadi sebagai medium perkongsian tentang sejarah Daerah Muar khususnya dan Negeri Johor amnya. Segala pandangan dan penulisan adalah bersifat peribadi berasaskan sumber peribadi blogmaster. Untuk rujukan lebih tepat dan benar, sila buat rujukan dari sumber rasmi dan asli.

Jumaat, 9 November 2012

Aturcara Sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor Dan Pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja

TarikhMasaAturcaraLokasi
21 Nov 2012 (Rabu)6.00 petang
Majlis Tahlil Dan Doa Kesyukuran Sempena Pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja

Masjid Jamek Sultan Ibrahim
22 Nov 2012 (Khamis)8.00 pagiPemeriksaan Barisan Kehormat Dan Tabik Hormat Diraja
Majlis Pengurniaan Bintang Kebesaran Serta Pingat
Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Jalan Arab
3.00 petangJamuan Teh Bersama RakyatStadium Sultan Ibrahim
9.00 malamForum PerdanaMasjid Jamek Sultan Ibrahim
23 Nov 2012 (Jumaat)9.00 pagiPerasmian Masjid Al-Ikhsan Batu 18, Air Hitam oleh Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan IskandarMasjid Al-Ikhsan Batu 18, Air Hitam
9.30 malamPerarakan Kereta BerhiasSekitar Bandar Muar hingga ke Dataran Tanjung Emas
24 Nov 2012 (Sabtu)8.00 pagiPertandingan Bola Sepak Dan Bola Jaring
Pertandingan Futsal
Stadium Sultan Ibrahim
Pusat Rakan Muda, Tanjung Emas
8.30 pagiMajlis Istiadat Sempena Perisytiharan Bandar Maharani Bandar DirajaDataran Tanjung Emas
2.30 petangCabaran Jet Ski Antarabangsa di pesisiran Sungai MuarDataran Tanjung Emas
3.00 petangMajlis Kurniaan Bungkusan oleh Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris ShahDewan Nur, Jalan Junid
9.00 malamPersembahan Kebudayaan Dan Kesenian Oleh Artis-Artis TempatanDataran Tanjung Emas
25 Nov 2012 (Ahad)8.00 pagiCabaran Jet Ski Antarabangsa di pesisiran Sungai MuarDataran Tanjung Emas
8.00 pagiPertandingan Bola Sepak Dan Bola Jaring
Pertandingan Futsal
Stadium Sultan Ibrahim
Pusat Rakan Muda, Tanjung Emas
8.30 malamPerarakan Bot BerhiasDataran Tanjung Emas
11.30 malamPertunjukan Bunga Api Dataran Tanjung Emas
26 Nov 2012 (Isnin)9.00 pagiDemonstrasi Sukan Teras Johor & Derma DarahDewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Jalan Arab 

Khamis, 8 November 2012

Mercu Tanda Muar Bandar Diraja

Monumen Mercu Tanda Bandar Diraja menjadi kebanggaan penduduk Muar apabila dipilih sebagai Bandar Diraja Negeri Johor.
---------------------------------------------------------------------------------------

MUAR – Muar bakal memiliki satu monumen mercu tanda Bandar Diraja yang akan menjadi identiti bandar itu apabila diisytiharkan secara rasminya sebagai Bandar Diraja pada 22 November ini, sempena Hari Keputeraan Sultan Johor.

Pegawai Daerah Muar, Abdul Rahman Dewan berkata, pada monumen itu terdapat empat gading gajah yang di atasnya ada kubah masjid dan dilengkapi dengan tulisan ‘Daulat Tuanku’.

"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebelum ini pernah bertitah mengumumkan untuk menjadikan Muar sebagai Bandar Diraja pada sambutan Maulidur Rasul, 5 Februari lalu.

“Berikutan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah dipertanggungjawabkan untuk membuat reka bentuk monumen ini dan dipersembahkan kepada tuanku.

“Selepas mendapat perkenan tuanku, kerja-kerja pembinaan dilakukan sejak sebulan lalu dan kini sudah siap sebanyak 95 peratus,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdul Rahman berkata, monumen yang mendapat pembiayaan sepenuhnya daripada kerajaan negeri itu turut dilengkapi dengan air pancut dan lampu warna-warni yang akan mencantikkan lagi daerah ini pada waktu malam.

“Monumen ini dibina di bulatan Sulaiman berhampiran Jalan Temenggung Ahmad adalah lokasi yang strategik dan boleh dilihat seluruh penduduk daerah Muar.

“Ia pastinya akan menjadi kebanggaan masyarakat Muar kerana telah mempunyai identiti tersendiri iaitu gading gajah berbanding sebelum ini lebih dikenali sebagai Bandar Maharani,” katanya.

Abdul Rahman berkata, keunikan seni bina monumen tersebut dijangka akan menjadi salah satu tarikan pelancongan daerah ini kepada masyarakat luar pada masa akan datang.

Pada masa yang sama, beliau meminta orang ramai agar tidak melakukan kerosakan pada monumen mercu tanda ini yang akan berfungsi sepenuhnya tidak lama lagi.

Salah seorang penduduk, Hisham  Ahmad, 30, berkata, sememangnya dia berasa bangga apabila daerah ini mempunyai  monumen tersebut yang menjadikan daerah Muar berbeza berbanding daerah lain.

“Pada mulanya saya tertanya-tanya rupa reka bentuk monumen ini dan apabila melihatnya berasa terkejut kerana ia sangat cantik.

“Sebelum ini, ada rakan-rakan yang datang ke daerah ini sering mengatakan tiada kelainan yang terdapat di sini.  "Jadi dengan adanya monumen mercu tanda Bandar Diraja dapat mempelbagaikan keunikan daerah Muar,” katanya.

(Sinar Harian , 03 November 2012)

Isnin, 1 Oktober 2012

Nagarakretagama

Sejarah Muar sememangnya unik dan sudah pun wujud sejak zaman berzaman. Bukti sejarah menunjukkan bahawa Muar telah lama wujud sebelum kewujudan Kesultanan Melayu Melaka dan kewujudan Muar sebaris dengan kerajaan terdahulu sebelum Melaka seperti Langkasuka, Kedah dan Temasik (Singapura). Antara bukti tersebut dijelaskan dalan sebuah manuskrip terawal zaman Majapahit yang diberi nama Nagarakretagama.

Nagarakretagama merupakan puisi Jawa kuno yang menerangkan keadaan di kraton Majapahit ketika tempoh pemerintahan Hayam Wuruk, raja agung di tanah Jawa dan juga Nusantara. Beliau bertakhta dari tahun 1350 sampai 1389 Masehi. Pada kemuncak kegemilangannya, kerajaan Majapahit merupakan kerajaan terbesar yang pernah wujud di Nusantara.

Nagarakretagama menceritakan pelbagai perkara dalam rangka penulisan sejarah tentang Majapahit dalam abad ke empat belas, diantaranya tentang kehidupan sosial-politik, keagamaan, kebudayaan, adat-istiadat dan kesusasteraan.

Naskhah ini ditemui di Istana Cakranegara di Pulau Lombok pada 1894 ketika tentera Belanda menceroboh serta memusnahkan sebahagian istana itu. Naskhah ini dan beberapa naskhah lain sempat diselamatkan oleh Dr. J.L.A Brandes daripada dibakar oleh tentera Belanda.

Manuskrip Asal Nagarakretagama


Manuskrip asal tersimpan di Universiti Leiden sehingga dikembalikan kepada Indonesia semasa lawatan Pemaisuri Juliana pada tahun 1973 dan kini di simpan di Perpustakaan Negara Indonesia.

Pada bulan Mei 2008, UNESCO telah memperakui bahawa Nagarakretagama adalah sebahagian Memori Dunia bagi Asia Pasifik.

Nagarakretagama terdiri daripada 98 pupuh atau bab. Daripada 98 bab ini, ianya dibahagikan pula kepada 2 bahagian. Bahagian I terdiri dari Bab 1-49 manakala Bahagian II terdiri dari Bab 50-98.

Tajuk asalnya adalah Desawarnana bermaksud Sejarah Desa-Desa. Ahli arkeologi telah menamakan sebagai Nagarakretagama bermaksud Sejarah Pembentukan Negara.

Nagarakretagama selesai ditulis pada bulan Aswina tahun Saka 1287 bersamaan bulan September – Oktober 1365 Masehi.

Penulisnya ialah Dang Acarya Nadendra yang menggunakan nama samaran Prapanca. Beliau merupakan bekas pembesar urusan agama Budha di istana Majapahit. Beliau adalah putera dari seorang  pejabat istana di Majapahit . Penulis telah menyelesaikan naskhah ini di usia tuanya dalam pertapaan di lereng gunung di sebuah desa bernama Kamalasana.

Sebahagian manuskrip Nagarakretagama


Apa yang menarik perhatian adalah dalam pupuh atau bab ke 13 & 14, disenaraikan kawasan yang menjadi taklukan atau jajahan Majapahit ketika itu dan MUAR disebut secara berasingan dengan Johor dan lain-lain kawasan. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman berzaman kawasan MUAR sudah pun wujud dan mungkin mempunyai pemerintahan tersendiri sebelum penaklukan itu.

Berikut merupakan terjemahan bab ke 13 & 14 daripada naskhah Nagarakretagama :

Pupuh/Bab 13
   1. Terperinci pulau Negara bawahan, paling dulu M’layu, Jambi, Palembang, Toba dan Darmasraya pun ikut juga disebut Daerah Kandis, Kahwas, Minangkabau, Siak, Rokan, Kampar dan Pane.

   2. Lwas dengan Samudra (samudra Pasai) serta Lamuri, Batan(Bentan), Lampung dan juga Barus. Itulah terutama Negara-negara melayu yang telah tunduk. Negara-negara di Pulau Tanjungnegara(Pulau Borneo); Kapuas-Katingan, Sampit, Kota Lingga, Kota Waringin, Sambas, Lawai ikut tersebut.

Pupuh/Bab 14
   1.  Kandandangan, Landa, Samadang dan Tirem tak terlupakan. Sedu (Sarawak), Barune (Brunei), Kalka, Saludung (Manila), Solor(Pulau Sulu) dan juga Pasir. Barito, Sawaku, Tabalung, ikut juga Tanjung Kutei. Malano tetap yang terpenting di pulau Tanjungpura.

   2. Di Hujung Medini (Semenanjung Tanah Melayu), Pahang yang disebut paling dahulu. Berikut Langkasuka, Saimwang, Kelantan, serta Trengganu Johor, Paka, MUAR, Dungun, Tumasik(Singapura), Kelang (Lembah Kelang) serta Kedah. Jerai (Gunung Jerai), Kanjapiniran, semua sudah lama terhimpun.
   3. Disebelah timur Jawa, seperti yang berikut: Bali dengan Negara yang penting Badahulu dan Lo Gajah. Gurun serta Sukun, Taliwang, Pulau Sapi, dan Dompo. Sang Hyang Api, Bima, Seran, Hutan Kendali sekaligus.
   4. Pulau Gurun, yang juga biasa disebut Lombok Merah. Dengan daerah makmur Sasak diperintah seluruhnya. Bantalayan di wilayah Bantayan beserta Kota Luwuk. Sampai Udamaktraya dan pulau lain-lainnya tunduk.
 Peta menunjukkan jajahan takluk Kerajaan Majapahit pada kurun ke-14 Masihi