Penafian / Disclaimer

Penafian / Disclaimer
Blog ini tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan,swasta mahupun persatuan atau pertubuhan. Blog ini bersifat peribadi sebagai medium perkongsian tentang sejarah Daerah Muar khususnya dan Negeri Johor amnya. Segala pandangan dan penulisan adalah bersifat peribadi berasaskan sumber peribadi blogmaster. Untuk rujukan lebih tepat dan benar, sila buat rujukan dari sumber rasmi dan asli.

Rabu, 28 November 2012

Bendera Diraja Johor diturunkan

UPACARA menurunkan Bendera Diraja Johor dilakukan setelah berakhirnya sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor dan Perisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja di Dataran Tanjung Emas, Muar, semalam.
_________________________________________________________________________________

MUAR 27 Nov. - Bendera Diraja Johor diturunkan secara rasmi hari ini sempena berakhirnya sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor dan Pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja selama lima hari lima malam di bandar ini yang berakhir semalam.

Upacara penurunan bendera disempurnakan oleh Pegawai Daerah, Abdul Rahman Mohamed Dewam di Dataran Tanjung Emas pada pukul 10.35 pagi ini dan sejurus itu bacaan doa disempurnakan Kadi Daerah, Dzulkafle Mohamed.

Yang turut hadir Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Zulkiflee Abbas.

(sumber : Utusan Malaysia)

Isnin, 26 November 2012

60,000 Saksikan Bot Berhias Di Muar

MUAR, 25 Nov (Bernama) -- Kira-kira 60,000 orang membanjiri pesisir Sungai Muar malam ini bagi menyaksikan perarakan kapal dan bot berhias selain pertunjukan bunga api, acara kemuncak sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor dan perisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja selama empat hari, yang berakhir hari ini.

Sebanyak 20 kapal dan bot berhias termasuk sebuah kapal layar khas Makasar dibawa dari Kepulauan Sulawesi, Indonesia mengambil bahagian dalam perarakan yang bermula pada 8.40 malam itu.

Acara dimeriahkan lagi dengan persembahan bunga api berwarna-warni selama setengah jam yang menerangi ruang angkasa Kuala Sungai Muar penuh bersejarah itu pada 9.30 malam.

Di atas Jambatan Sultan Ismail, yang ditutup kepada lalu lintas mulai 3 petang tadi hingga 5 pagi esok, pula diadakan pelbagai jualan.

Sementara itu, petang tadi, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail berkenan beramah mesra dengan 240 anggota kumpulan kelab kereta mewah di Dataran Tanjung Emas di sini.

Orang ramai juga berpeluang menyaksikan pertandingan akhir jet ski cabaran antarabangsa yang membabitkan peserta dari Thailand, Singapura dan negara Asia lain.

-- BERNAMA

Sabtu, 24 November 2012

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Johor Ke-54 Di Bandar Maharani Bandar Diraja Bahagian I

 MUAR, 22 Nov -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan bertitah pada majlis sambutan ulangtahun hari keputeraan baginda yang ke-54 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar di sini hari ini.

---fotoBERNAMA(2012) HAKCIPTA TERPELIHARA

 MUAR, 22 Nov -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan bertitah pada majlis sambutan ulangtahun hari keputeraan baginda yang ke-54 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar di sini hari ini.
Turut hadir Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (tiga kanan) dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim (kanan).

---fotoBERNAMA(2012) HAKCIPTA TERPELIHARA

 MUAR, 22 Nov -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memeriksa barisan kehormat pasukan askar timbalan setia negeri dengan diringi Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim pada majlis sambutan ulangtahun hari keputeraan baginda yang ke-54 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar di sini hari ini.

---fotoBERNAMA(2012) HAKCIPTA TERPELIHARA

 MUAR, 22 Nov -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan pingat Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang membawa gelaran Datuk kepada Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff pada majlis sambutan ulangtahun hari keputeraan baginda yang ke-54 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar di sini hari ini.

---fotoBERNAMA(2012) HAKCIPTA TERPELIHARA

 MUAR, 22 Nov -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan pingat Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) kepada Tunku Aminah yang membawa gelaran Tunku Tun Aminah pada majlis sambutan ulangtahun hari keputeraan baginda yang ke-54 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar di sini hari ini.

---fotoBERNAMA(2012) HAKCIPTA TERPELIHARA

 MUAR, 22 Nov -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan pingat Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) kepada Tunku Abdul Rahman yang membawa gelaran Tunku Panglima Johor, pada majlis sambutan ulangtahun hari keputeraan baginda yang ke-54 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar di sini hari ini.

---fotoBERNAMA(2012) HAKCIPTA TERPELIHARA

 MUAR, 22 Nov -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan pingat Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) kepada Tunku Abu Bakar yang membawa gelaran Tunku Putera Johor, pada majlis sambutan ulangtahun hari keputeraan baginda yang ke-54 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar di sini hari ini.

---fotoBERNAMA(2012) HAKCIPTA TERPELIHARA

 MUAR, 22 Nov -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan pingat Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) kepada Tunku Abdul Jalil yang membawa gelaran Tunku Laksamana Johor, pada majlis sambutan ulangtahun hari keputeraan baginda yang ke-54 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar di sini hari ini.

---fotoBERNAMA(2012) HAKCIPTA TERPELIHARA

MUAR, 22 Nov -- Exco-exco kerajaan negeri turut hadir pada majlis sambutan ulangtahun hari keputeraan baginda yang ke-54 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar di sini hari ini.

---fotoBERNAMA(2012) HAKCIPTA TERPELIHARA
 

 MUAR, 22 Nov -- Rakyat jelata memenuhi sekitar jalan untuk menyaksikan ketibaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada sambutan ulangtahun hari keputeraan baginda yang ke-54 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar di sini hari ini.

---fotoBERNAMA(2012) HAKCIPTA TERPELIHARA

 MUAR, 23 Nov -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan bersalaman dengan para jemaah selepas solat Jumaat dan merasmikan Masjid Al-Ikhsan Batu 18 Ayer Hitam di sini, hari ini.
Turut hadir Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim .

---fotoBERNAMA(2012) HAKCIPTA TERPELIHARA

MUAR, 23 Nov -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menarik tirai plak bagi merasmikan Masjid Al-Ikhsan Batu 18 Ayer Hitam di sini, hari ini.

---fotoBERNAMA(2012) HAKCIPTA TERPELIHARA