Almarhumah Baginda Sultanah Fatimah merupakan isteri kepada
Sultan Abu Bakar. Baginda berasal dari Canton, Negeri China juga dikenali sebagai
Wong Ah Gew telah berkahwin dengan Baginda Sultan pada Disember 1885.
Sultanah Fatimah telah dianugerahkan sebagai
Sultanah Negeri Johor Darul Ta'zim pada
8 Julai 1886 bersamaan
5 Syawal 1303 Hijrah oleh Almarhum Baginda
Sultan Abu Bakar.
Semasa Baginda menjadi Sultanah (1886-1890), Almarhum Baginda Sultan Abu Bakar sering merujuk kepada Baginda Sultanah Fatimah kerana kepekaan dan keprihatinan Baginda Sultanah dalam menangani pelbagai permasalahan di Negeri Johor pada masa itu.
Bersama-sama Almarhum Baginda
Sultan Abu Bakar, Baginda
Sultanah Fatimah turut menyemarakkan lagi semangat dalam membangunkan Negeri Johor dan ini telah memberikan banyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat jelata. Umpamanya, perkhidmatan keretapi dari Muar ke Parit Jawa (8 batu) dimulakan untuk memudahkan pengangkutan hasil keluaran dan menyenangkan perjalanan penduduk di persekitaran kawasan Muar.
Almarhum Baginda
Sultan Abu Bakar begitu mengkagumi keperibadian mulia Baginda
Sultanah Fatimah sehingga Baginda mengisytiharkan
Bandar Muar kepada
Bandar Maharani. (Gelaran Maharani ini merupakan gelaran terdahulu Baginda Sultanah Fatimah sebelum diisytiharkan sebagai Sultanah).

Baginda
Sultanah Fatimah mangkat pada
24 haribulan Februari 1891 di
Istana Tyersall, Singapura dan dimakamkan di
Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru. Untuk mengenang jasa-jasa Baginda Sultanah, Hospital Muar dinamakan dengan rasminya sebagai
Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan sebatang jalan di Tanjung Emas telah dinamakan
Jalan Sultanah Fatimah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan